|
|
|
BERSIDANG DI KUALA LUMPUR (BIDANGKUASA RAYUAN) MAHKAMAH RAYUAN (BIDANGKUASA JENAYAH) BIL:(W-05-64-2000) (WILAYAH PERSEKUTUAN PERMOHONAN JENAYAH NO:45-51-98) ANTARA DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM PERAYU LAWAN PENDAKWARAYA RESPONDEN (Dalam perkara Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Permohonan Jenayah Bil : 45-51-98 Antara Pendakwaraya Dan Dato Seri Anwar Bin Ibrahim)
Perayu yang dirujuk di atas, setelah memberikan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Yang Arif Dato Hj. Arifin bin Haji Jaka yang diberikan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 8 haribulan Ogos 2000, menyatakan alasan-alasan berikut bagi menyokong permohonan rayuan berikut :-
Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta tatkala memutuskan supaya pihak Perayu (Your Appellant) diminta membela diri, walhal, pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti sahih dan utama yang diperlukan bagi menyokong pertuduhan. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta kerana gagal menilai dan menganalisa dengan cermat aspek keterangan penting Azizan bilamana beliau mengakui dengan jelas, bukan sekali bahkan sebanyak tiga kali bahawa beliau tidak diliwat oleh perayu. Dan ini telah menafikan hak perayu dari segi undang-undang untuk dibebaskan dari pertuduhan. Yang Arif Hakim gagal menilai dan mengambilkira pengakuan Azizan tatkala disoal oleh pihak pendakwa sendiri ‘bahawa sesudah September 1992 hingga ke hari ini, saya tidak pernah diliwat". Keterangan tersebut membuktikan tanpa sebarang syak dan keraguan lagi bahawa pertuduhan akhir terhadap perayu iaitu meliwat Azizan diantara Januari hingga Mac 1993 ternyata palsu dan tidak berasas sama sekali. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta kerana cuba memberikan alasan dan sebab yang lemah mengapa Azizan membuat pengakuan penting yang dengan sendirinya melepaskan perayu dari tuduhan meliwat. Keputusan Yang Arif Hakim yang mendapati perayu bersalah adalah bercanggah dengan segala prinsip undang-undang dan keadilan yang asasi dan diiktiraf; utamanya kerana orang yang dikatakan membuat tuduhan, iaitu Azizan, telah membuat pengakuan bahawa beliau tidak diliwat oleh perayu. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta kerana menganggap Azizan sebagai saksi yang berwibawa, boleh dipercayai dan amanah, meskipun terdapat keterangan jelas disebaliknya. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta kerana mengenepikan sama sekali keterangan yang memihak kepada perayu dan memilih perkara yang tidak relevan dan sampingan (collateral) sebagai asas untuk memutuskan supaya perayu membela diri. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta kerana memutuskan pertimbangan keraguan kepada pendakwa dan tidak kepada pembela. Dan ini adalah bertentangan dengan prinsip mutlak perundangan. Keputusan Yang Arif Hakim serta arahan dan perakuannya jelas dan nyata sekali bertentangan dengan kekuatan keterangan. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang kerana memperakui bahawa perayu telah tidak memperkukuhkan hujjah alibi, meskipun terdapat alasan kuat dan bukti yang tidak dapat dipertikai yang dikemukakan sepanjang tempoh dalam pertuduhan. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta kerana menganggap keterangan alibi yang dikemukakan tidak meliputi keseluruhan tempoh waktu pertuduhan, meskipun Azizan telah memberikan keterangan bahawa kesalahan tersebut tidak berlaku dalam bulan Ramadhan dan di hari-hari tertentu. Sesungguhnya, dengan mengenepikan tempoh tersebut dan memutuskan disebaliknya ternyata satu kesilapan besar. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta manakala beliau gagal memberi pertimbangan terhadap keterangan perayu dan saksi-saksinya. Yang Arif Hakim tersilap besar apabila beliau menolak tanpa kecuali setiap keterangan. Saksi pihak perayu sebagai meragukan dan mempunyai motif disebaliknya. Yang Arif Hakim gagal untuk menilai bahawa pertuduhan terhadap perayu adalah palsu dan tidak berasas berdasarkan fakta bahawa pertuduhan tersebut terpaksa dipinda berkali-kali, Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta kerana tidak memberi penilaian dan justeru itu gagal memutuskan bagi pihak perayu apabila Azizan tidak memaklumkan kepada pihak polis bahawa beliau diliwat samada dalam tahun 1992 atau 1994. Dan bahawa beliau telah diberitahu oleh pegawai polis dan bersetuju meminda tarikh berlakunya kesalahan tersebut "diantara bulan Januari hingga Mac 1993". Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta kerana menegaskan berulang-kali bahawa Azizan adalah saksi yang bercakap benar dan boleh dipercayai meskipun ini bercanggah dengan kenyataannya sendiri : "Saksi ini menyatakan satu perkara hari ini, dan perkara lain esoknya". "Saksi ini enggan menjawab sekalipun soalan-soalan yang mudah". Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang kerana tidak mencatatkan dengan tepat soalan peguambela iaitu : "Adakah kamu memberitahu polis bahawa kami telah diliwat dalam tahun 1994?", tetapi mencatat seperti berikut : "Adakah kamu memberitahu polis bahawa kamu diliwat tetapi tidak dalam tahun 1994?", dengan itu telah menimbulkan prasangka dalam pemikirannya dan mempengaruhinya untuk memutuskan perayu bersalah. Yang Arif Hakim selanjutnya gagal menilai bahawa Azizan sebelumnya telah mengaku bahawa beliau tidak memaklumkan kepada pihak polis bahawa beliau diliwat pada tahun 1994 dan beliau tidak mengetahui siapa yang mereka-cipta keterangan. Ini menjelaskan percubaan nyata Azizan memberi kenyataan yang bercanggah. Yang Arif Hakim tersalah kerana tidak menilai dan mengkaji implikasi kenyataan Peguam Negara yang direkod oleh mahkamah, iaitu, "bahawa kami mempunyai rekod pengakuan Dato’ Seri Anwar dari 1992 hingga 1998. Seandainya ini dilakukan, beliau sepatutnya dapat memutuskan bahawa alibi perayu terbukti sudah. Atau, keterangan yang diperolehi dalam rekod-rekod tersebut dapat dikemukakan untuk menolak atau menunjukkan kelemahan alibi perayu. Malahan, Yang Arif Hakim sewajarnya dalam keadaan tersebut, bahawa keterangan dalam rekod pengakuan Dato’ Seri Anwar dari 1992 hingga 1998, beliau tidak pernah berada di Tivoli Villa diantara Januari hingga Mac 1993, dan bahawasanya pertuduhan terhadap Dato’ Seri Anwar tidak terbukti tanpa keraguan. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang kerana tidak menggunakan Seksyen 114G Akta keterangan; kerana sekiranya dikemukakan keterangan pergerakan Dato’ Seri Anwar, ia akan memihak kepada beliau. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta dengan memutuskan bahawa tidak terdapat bukti konspirasi untuk mereka-cipta bukti walaupun terdapat keterangan Manjeet Singh Dillon yang terang dan umumnya tidak dipertikaikan. Begitu juga dengan keterangan Raja Kamaruddin, Jamal Abdul Rahman, Nurazman B. Abdullah @ Baginda, Datok Shafie Bin Yahaya dan lain-lain yang tidak langsung diambilkira atau tidak dipertimbangkan meskipun dengan keterangan jelas. Yang Arif Hakim tersilap dari segi undang-undang dan fakta kerana tidak mengambilkira kegagalan atau keengganan Pendakwa memanggil beberapa saksi buat menyokong kes mereka. Saksi-saksi tersebut termasuk Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhammad, Tun Daim Zainuddin, Dato Aziz Shamsuddin, Dato Rafidah Aziz, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Tan Sri Rahim Noor dan lain-lain saksi berkaitan. Dengan ini, peluang perayu mempersoal atau mempertikai keterangan dan memperkukuhkan pembelaan perayu telah dinafikan. Lebih–lebih lagi kerana keyakinan perayu dan asas pembelaan bahawa pertuduhan terhadapnya direka-cipta sebagai konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Yang Arif Hakim tersilap dan telah menjejaskan kes Perayu apabila beliau dengan mudah menolak dan mengenepikan keterangan seorang pegawai kanan polis yang masih berkhidmat, DSP Zull Aznam bin Haji Haron yang telah memberikan keterangan bahawa Azizan pernah, semasa mengadu kepadanya, telah memberitahunya bahawa beliau (Azizan) telah dijanjikan wang untuk membuat dakwaan-dakwaan palsu terhadap pihak Perayu. Keterangan tersebut, sekiranya dianalisa dengan teliti dan diberikan pertimbangan yang sewajarnya akan menjadi satu lagi fakta yang kukuh dalam membuktikan bahawa pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap pihak Perayu adalah palsu dan direka-reka setelah memperolehi rasuah. Yang Arif Hakim telah tersilap dalam memberikan beberapa teguran yang bersifat peribadi yang tidak wajar dan menghina sepanjang tempoh perbicaraan berjalan termasuklah pernyataan "you are a sick man" terhadap pihak Perayu. Selanjutnya, Yang Arif Hakim berulangkali dan tanpa sebab mengganggu, menengking, berperangai panas baran terhadap saksi-saksi Perayu, dan beliau juga sering menengking, mengganggu dan mengugut pihak pembelaan dengan Prosiding Menghina Mahkamah. Ini semua mewujudkan suasana yang tidak menyenangkan dan tegang semasa perbicaraan dan oleh itu menafikan pihak Perayu suatu perbicaraan yang adil dan saksama. Hukuman. Dalam semua keadaan, penghukuman yang dijatuhkan ke atas pihak Perayu adalah keterlaluan atau melampaui batas serta tidak berpatutan. Permohonan. Pihak Perayu yang dinamakan di atas oleh itu memohon agar sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau diketepikan. Bertarikh pada haribulan
Julai, 2001 …………………..…………
PETISYEN RAYUAN ini telah
difailkan oleh Tetuan S.N. Nair & Partners bagi pihak perayu yang
mempunyai alamat untuk penyampaian di Suite B-3A-03, Plaza Mont’ Kiara,
No. 2, Jalan 1/70C, Mont’ Kiara, 50480 Kuala Lumpur. Ref: SNN/DSAI/2001(1)/AJ.
Tel:03-62016686 Faks:03-62016685 |
|||||
|