Wednesday, 19-May-2004 7:19 PM

ANWAR IBRAHIM APPEAL HEARING

Transkrip Pendengaran Rayuan di Mahkamah Persekutuan 10 Mei 2004 (Hari Pertama)

Barisan Hakim:

Abdul Hamid  Mohamad

Rahmah Hussain

Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud

Kaunsel bagi pihak merayu:

Christopher Fernando

Karpal Singh

Sankara N Nair

Pawancheek Marican

Zulkifli Noordin

Saiful Hizam Ramli

Kamar Ainiah Kamaruzaman

Pendakwaan: 

Abdul Gani Patail

Yusof Zainal Abiden

Tun Majid Hamzah

Bahas bagi Malaysian Bar Council:

Malik Imtiaz Sarwar

Ang Han Leng

Pemerhati Antarabangsa:

Marzuki Darusman (former AG of Indonesia) representing the Inter-Parlimentary Union

Desmond Fernando (Chairman, Sri Lanka National Commission of Jurists/ former President of International Bar Association) representing  the International Bar Association (IBA)

Mark Trowell QC representing the Australian Bar Association/Western Australian Bar Association and the International Commission of Jurists    

Upali A Gooneratne (Chairman Legal Aid Commission) representing LAWASIA

Christopher Fernando (CF) mulakan prosiding dengan memperkenalkan empat pemerhati antarabangsa, walau bagaimanapun, hakim Abd Hamid Mohamad (AHM) mencelah dan berkata, ia tidak perlu kerana mereka tiada peranan dalam mahkamah. Hakim tidak setuju dengan cadangan CF bahawa mahkamah wajar menghormati mereka kerana mereka telah dating dari jauh hanya untuk hadir dalam prosiding.

Hakim Abdul Hamid mempersoal keperluan kehadiran dua orang peguam “holding a watching brief” bagi Malaysian Bar Council. “Adakah Bar Council terlibat dalam kes ini?”

Christopher Fernando kemudian menyatakan tujuan dia memanggil ke atas Hakim Abdul Hamid untuk menarik dirinya daripada mendengar kes tersebut.

AHM: OK. Ia akan dicatat

Fernando kemudian bertanya samada Abdul Hamid ingin mengendali kes tersebut (pada ketika itu) dalam kamar atau di mahkamah terbuka, kepadanya hakim memberi respon bahawa ia perlu merujuk Ketua Hakim mengenai perkara tersebut. Dia bertanya Fernando  mengapa pembela tidak membuat permohonan lebih awal. Fernando menjawab yang mereka tidak dimaklum akan korum hakim sebelum pendengaran kes.

Hakim Abdul Hamid kemudian menangguhkan mahkamah untuk 15 minit bagi membolehkan mereka merujuk Ketua Hakim.

Apabila mahkamah berkumpul semula, Hakim Abd Hamid merujuk kepada cubaan Fernando untuk memperkenalkan pemerhati antarabangsa kepada mahkamah dan merekod kehadiran mereka. Dia mengulangi bahawa ia tidak perlu, kerana fungsi mereka hanya sebagai pemerhati; walau bagaimanapun kehadiran mereka dialukan kerana mahkamah Malaysia terbuka kepada semua samada rakyat Malaysia atau orang asing.

Dia kemudian merujuk kepada perkara, samada (AHM) wajar menarik dirinya daripada pendengaran kes. Dia faham bahawa pembentangan adalah berdasarkan kenyataan dia telah buat dalam kes lain. Ia telah diputuskan untuk didengar dalam mahkamah terbuka.

Fernando meneruskan pembentangannya, merujuk kepada keputusan Hakim Abd Hamid dalam rayuan terhadap keputusan yang dibuat ke atas Dato’ Wa’ad Bin Mansor (2003), dimana kesalahannya seakan dalam kes pertama Dato’ Seri Anwar (menggunakan kedudukan awam untuk kepentingan diri atau manfaat lain). Hakim Abd Hamid telah secara khusus membandingkan keputusan dalam kedua-dua kes tersebut (DSAI dihukum 6 tahun penjara, sementara Dato’ Wa’ad didenda RM15,000.00)

CF: Yang Arif telah membuat komen yang menimbulkan rasa tidak senang dalam keputusan penghakiman apabila membandingkan kedua-dua kes dan mendapati yang ia mempunyai alasan kukuh untuk memberi keputusan yang berbeza. Tuan mengatakan bahawa kes Anwar menggugat ketenteraman awam sementara kes Wa’ad tidak.

AHM: Tetapi ia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh. Ini adalah mengenai hukuman (bukan samada bersalah atau tidak). Kedua-dua kes tidak boleh dibandingkan begitu saja kerana kedua-duanya amat berbeza, dan tidak ada keputusan yang standard untuk semua kes.

Anwar cuba menghalang perjalanan keadilan – dia telah memainkan peranan aktif dan sengaja – sementara kesalahan Wa’ad  adalah pasif. Oleh itu, kes Anwar boleh dikatakan mengancam ketenteraman awam, sementara kes Wa’ad tidak, dan dengan itu, kedua-dua kes tersebut tidak boleh dibuat perbandingan.

CF: Argumen Yang Arif yang kes Anwar memberi ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam adalah keras, tiada kompromi dan kenyataan yang prejudis. Ini menunjukkan bahwa Yang Arif fakir yang Anwar ialah ancaman kepada keselamatan dan elemen subversif dan wajar dihukum 6 tahun penjara ke atasnya.

Oleh itu, terdapat kemungkinan prasangka terhadapnya di pihak tuan dan tuan dalam keadaan itu, tidak akan memberi pendengaran yang bebas dan berkecuali yang Anwar berhak terima. Terdapat kebimbangan yang serius dan wajar bahawa tuan tidak akan dapat menghilangkan  pandangan yang negatif dan buruk terhadap Anwar dari pemikiran tuan.

Ia mesti diiktiraf bahawa Anwar masih belum habis peluang untuk merayu bagi kes pertamanya. Permohonan bagi menyemak semula kesnya masih ditangguhkan di Mahkamah Persekutuan. Ia telah ditetapkan untuk pendengaran sektar tahun lepas, tetapi telah ditangguhkan kerana pendakwa telah memohon perkara tersebut didengar di hadapan korum 5 hakim, yang pada masa itu, tiada. Kami masih menunggu tarikh baru.

Dengan hormat, izinkan saya mengungkap Lord Denning: “Justice is rooted in confidence, and confidence is destroyed if right-minded people go away thinking that it was compromised.”

Fernando kemudian mengemukakan bahawa Tengku Baharudin juga wajar tarik diri.

CF: Ia seolah tidak betul, tuan sebagai seorang hakim ‘junior’ Mahkamah Persekutuan, diminta membuat penghakiman yang telah dibuat oleh  hakim ‘senior’. Hakim rayuan adalah Hakim PS Gill, hakim yang lebih ‘senior’ daripada tuan dan lebih tinggi daripada tuan dalam Mahkamah Persekutuan. Ini suatu kedudukan yang tidak normal Yang Arif, dan dikemukakan bahawa ia tidak wajar.

AHM: Tetapi ia sering berlaku…

CF: Ini ialah kes khas

AHM: Dalam Mahkamah Rayuan, ini  pernah berlaku. Juga, apabila Ketua Hakim dilantik daripada yang lain, hakim-hakim yang kini ‘junior’ sudah tentu akan membuat pendengaran semula penghakiman yang telah dibuat oleh KH sebelumnya.

CF: Itu tidak dapat dielakkan kerana cara perlantikannya. Dalam kes ini, terdapat lebih ramai hakim-hakim yang ’senior’. Ia amat janggal, tidak wajar apabila hakimm yang muda akan membuat keputusan ke atas keputusan hakim senior. Ia songsang kepada keadilan, juga kepada akal lojik. Ia seperti seorang pelajar disuruh menilai kerja pensyarahnya.

Anwar wajar diberikan pendengaran yang bebas dan berkecuali. Keadilan bukan saja perlu dilaksanakan, ia juga mesti nampak dan tiada keraguan dalam melaksanakannya.

 

Fernando menghujah bahawa kewibawaan system kehakiman sendiri diancam, dan dengan itu ia dalam menjaga kepentingan kehakiman untuk menerima permohonan appellant. Dengan keyakinan awam di tahap yang paling rendah, kesilapan memutuskan perkara ini akan membuatkannya bertambah buruk.

CF: Ia juga wajar diingat bahawa Anwar telah mengalami penderitaan dan penghinaan yang tidak dapat digambarkan, sepanjang perbicaraan, bermula sebelum perbicaraan lagi.

AHM: Ia tidak perlu menceritakan semua itu di sini.

CF: Dia telah lalui dua perbicaraan yang paling tidak adil dalam sejarah Malaysia

AHM: Saya fikir, tiada keperluan menyebut perkara itu ..

Fernando membantah bahawa ia amat relevan kerana ia berkait dengan keyakinan kepada kehakiman. Kedua-dua perbicaraan dikutuk serata dunia sebagai jelas tidak adil. Dia mengingatkan mahkamah bahawa ini adalah peluang akhir tertuduh untuk membersihkan namanya dan mendapat kebebasan. Dia berhak kepada peluang yang terbaik.

Fernando juga membawa perhatian mahkamah kepada kenyataan bersama oleh tiga badan antarabangsa bahawa kebebasan kehakiman di Malaysia amat membimbangkan, dan pendengaran yang sedang berjalan adalah peluang yang baik  bagi memperbetulkannya. Laporan oleh ICJ berhubung dengan International Bar Association, menyatakan perkara sama mengenai “keadilan yang terlalu dikompromi” dalam dua perbicaraan Anwar.

CF: Saya jamin Yang Arif bahawa tiada sesuatu yang peribadi dalam permohonan ini. Adalah bagi kepentingan keadilan dan nama baik kehakiman, juga bagi memastikan peluang yang adil bagi klien saya.

Gani Patail (GP) bagi pendakwa memberi respon. Dia mengemukakan bahawa ia tidak benar yang ini merupakan peringkat terakhir rayuan bagi Anwar, tetapi dicelah oleh Abd Hamid, yang menasihatkannya agar menumpukan kepada soalan samada hakim wajar menarik dirinya sendiri.

Gani mengemukakan bahawa kes Anwar yang menjadi subjek rayuan tiada kaitan dengan kes Wa’ad, kerana ia kes  yang berasingan daripada yang awal. Malah, jika membandingkan kes Anwar yang pertama dan kes Wa’ad, terdapat perbezaan yang jelas: kesalahan Wa’ad adalah pasif, kegagalan meninggalkan bilik mesyuarat apabila membuat keputusan yang dia mempunyai kepentingan. Tiada elemen ancaman, keganasan atau kuasa, dan oleh itu, tiada ancaman kepada ketenteraman awam. Sementara kes Anwar ada kekacauan kepada ketenteraman awam. Di situ terdapat perbezaan antara kedua kes dan kenyataan Abd Hamid tidak boleh dilihat sebagai peribadi tetapi hanya kenyataan keadaan dan dengan itu bukan kompromi. Gani mengingatkan mahkamah bahawa hakim Lamin telah juga memberi komen, dalam penghakimannya menolak permohonan Anwar bagi ikat jamin, bahawa Anwar menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

 

Mengenai isu Tengku Baharudin, Gani mengemukakan  bahawa tiada peraturan tidak membenarkan  hakim junior mereviu penghakiman hakim senior. Oleh kerana Tg Baharudin telah dilantik ke Mahkamah Rayuan Persekutuan, ini menunjukkan bahawa dia layak. Di peringkat Mahkamah Persekutuan tiada yang dikatakan hakim “senior” atau “junior”, dengan panjang tempoh perkhidmatan, ia tiada membawa apa-apa signifikan.

GP: Sebenarnya ini merupakan ujian kebebasan. Semua wajar merasa bebas untuk membuat penghakiman masing-masing berdasarkan fakta-fakta dan peraturan atau prinsip undang-undang. Ia kadang-kadang tidak dapar dielakkan hakim di mahkamah persekutuan terpaksa membuat penghakiman keputusan yang telah dibuat oleh hakim yang senior bila hakim senior tersebut, pada masa itu berada di mahkamah yang lbawah. Terdapat beberapa kes dan tiada bantahan dari mana-mana pihak.

Gani mengulangi bahawa pendengaran kes ini, tidak seperti yang dikatakan oleh CF, peluang terakhir pihak yang merayu, kerana terdapat peluang mereviu yang tiada had. Dia menggesa mahkamah tidak membuat sesuatu yang akan mengganggu dan masuk campur dalam kebebasan mahkamah.

Pada ketika itu, Malik Imtiaz Sarwar ( membahas bagi pihak Bar Council) meminta izin bercakap, mengatakan persoalan penarikan diri para hakim adalah menjadi perkara yang mendapat perhatian Bar Council. Hakim walau bagaimanapun menolak permintaan tersebut dan sebaliknya meminta Fernando memberi respon kepada pembentangan GAni.

CF: Saya tidak mengatakan Yang Arif salah. Saya hanya mengatakan bahawa tuan sudah mempunyai idea yang sedia ada tentang kesalahan Anwar.

AHM: Bukankah ia diketahui bahawa sikap Anwar menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

CF: Tuan tidak boleh mengatakan dia layak menerima hukuman penjara 6 tahun kerana dia menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Ia sepatutnya berdasarkan fakta.

AHM: Bagaiman hakim membuat penghakiman tanpa merujuk kepada fakta?

CF: Tetapi tuan mesti buktikannya. Fakta-fakta yang mana? Fakta tidak menunjukkan perkara tersebut.

AHM: Seseorang perlu melihat keseluruhan penghakiman Mahkamah Rayuan, memeriksa fakta-fakta.

CF: Tetapi Yang Arif telah membuat komen semasa suatu kes yang lain, sebelum memeriksa fakta-fakta (perbicaraan Anwar).

Fernando memberi komen tentang Hakim Lamin yang mengatakan Anwar tiada kaitan dengan perkara yang ada. Apa yang relevan ialah komen Abd Hamid, yang menunjukkan prasangka. Keberkecualian hakim sangat penting; para hakim mesti di hadapan dalam berpegang kepada peraturan-peraturan kehakiman.

 

Mahkamah ditangguhkan pada 11.30 pagi bagi para hakim menimbangkan pembentangan, dan bersambung pada 2.40 petang.

AHM: Terdapat permohonan meminta dua hakim menarik diri sendiri. Saya akan jawab untuk diri saya, dan kemudian Tg Baharudin akan jawab untuk dirinya.

Dikemukakan atas sebab komen saya dalam kes lain, yang kononnya mempengaruhi penghakiman kes ini dan pihak merayu tidak mendapat layanan yang adil. Sebenarnya kes Anwar hanya salah satu daripada kes-kes yang saya rujuk, dan dalam kes Wa’ad saya enggan ikut mana-mana daripada kes-kes yang disebut. Setiap satu perlu diputuskan atas meritnya sendiri. Penghakiman adalah atas hukuman bukan kesalahan, dan kes Anwar disebut hanya sebagai contoh. Bukan saja saya tetapi juga dua hakim yang lain, yang mendapati ada perbezaan material antara kedua-dua kes. Kami dapati kes Anwar telah mengganggu ketenteraman awam. Saya tidak mengatakan Anwar wajar menerima enam tahun. Ia diterima bahawa Mahkamah Persekutuan telah bersetuju dengan keputusan tersebut. Kes tersebut telah menyebabkan gangguan ketenteraman awam, bukan Anwar sendiri.

Para hakim dinasihatkan supaya penghakiman kes yang lebih awal sepatutnya tidak mempengaruhi kes baru. Saya mungkin sudah ada pandangan tentangnya, tetapi apabila mendengar  pembentangan dalam kes ini, saya mungkin akan berubah fikiran, setelah melihat semua fakta-fakta. Saya akan bersikap terbuka, memberinya pendengaran kes yang adil, tidak berprasangka dan sampai kepada penghakiman yang jujur. Jika saya merasa tidak dapat bersikap terbuka dan memberikannya keadilan, saya akan menarik diri, tetapi saya rasa kebimbangan pihak yang merayu tidak berasas dan dengan itu menolak permohonan.

Tengku Baharudin (yang bercakap dalam  Bahasa Melayu) menyentuh perkara mengenai hakim junior mendengar penghakiman hakim senior, dan mendapati pembentangan bagi pihak yang merayu tidak berasas. Katanya, ia merupakan amalan bukan saja di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain. Dia yakin akan dapat laksanakan tugas tanpa masalah. Dengan itu menolak permohonan membatalkan diri sendiri daripada mendengar kes tersebut.

Pada ketika itu, Anwar bangun mengatakan dia amat kecewa dengan keputusan tersebut dan dengan itu hilang keyakinan terhadap barisan hakim. Akibatnya Anwar cenderung untuk menarik balik rayuannya.

AHM: Awak tidak berhak bercakap untuk diri sendiri. Mahkamah akan ditangguhkan supaya awak boleh berbincang bersama peguam dan mereka akan bercakap bagi pihak awak.

Mahkamah ditangguhkan selama 15 minit untuk tujuan itu. Para peguam, Anwar sendiri dan ahli keluarganya berbincang perkara tersebut. Apabila mahkamah disambung semula, Fernando memberitahu mahkamah bahawa Anwar bertegas untuk menarik balik rayuannya tetapi telah dipujuk untuk teruskannya. Pendengaran Rayuan  ini dengan itu boleh diteruskan.

AHM: (kepada Karpal Singh – KS) Adakah awak akan berhujah atas perkara yang sama? Mengapa tidak atas fakta yang dibentang dalam Mahkamah Rayuan? Kebiasaannya, fakta daripada rayuan  digunakan.

Menurut Karpal, kerana terdapat salah arah, adalah wajar untuk merujuk semula kepada fakta-fkta kes. Hakim-hakim telah menafikan sesuatu daripada kes sebenar dan ini adalah perkara utama.

KS: Jika pendakwa boleh mengakui bahawa notis alibi memang telah diserahkan , kita boleh teruskan atas penerimaan tersebut.

AHM: Pada peringkat mana (ia diserahkan)?

KS: Semasa pendengaran kes.

Tun Majid (TM) menjelaskan bahawa tiada rekod permohonan memfail notis baru. Ia sebenarnya bukan syarat yang perlu disebut.

AHM: Jika kedua-dua pendakwa dan pembela kata ia diserahkan dan hakim-hakim kata ia tidak, dengan itu, jelas para hakim telah tersilap. Tetapi apakah kesannya?

KS: Ia dikatakan dalam penghakiman bahawa tiada notis diserahkan, dan tiada permohonan memfail notis, oleh itu mahkamah telah tersilap.

AHM: Ia bukan masalah besar

KS: Saya  hanya mahu mereka mengiktirafnya.

AHM: Oleh kerana mereka memfailkan affidavit mengenai perkar tersebut, tidakkah itu  memadai?

KS: Ia penting perkara ini dijelaskan secara rasmi sebagai sebahagian daripada pendengaran dalam mahkamah ini, termasuk dalam  Mahkamah Rayuan telah dimaklumkan bahawa notis sudah diserahkan. Kita tidak dapat teruskan tanpa perkara ini disebut dengan jelas.

Tun Majid bersetuju dengan kenyataan ini, tetapi Gani Patail mencelah dengan mengatakan bahawa ini bukan isunya, kerana barisan hakim hanya mengatakan mereka tiada recollection. Gani kemudian membacakan rangkap daripada affidavit yang mengatakan bahawa notis telahpun diserahkan sebelum perbicaraan dan mahkamah dimaklumkan. Karpal mendesak agar ditambah “menurut undang-undang” (untuk rekod perbicaraan ini), tetapi Gani tidak mahu berbuat demikian selagi tidak merujuk kepada rekod.

Karpal tegaskan ia penting (atas bantahan hakim). ”Tiada guna mengatakan notis diserahkan, dan kemudian membantah yang ia tidak deiserahkan mengikut undang-undang.”

Sebelum mahkamah ditangguhkan pada hari itu, Karpal telah membuat cubaan bagi merekod kehadiran pemerhati antarabangsa. Sekali lagi hakim enggan terima, mengatakan NGO dan lain-lain, malah sesiapa jua, boleh datang ke mahkamah, jadi mengapa ia peril direkodkan?

KS: Mereka bukan dari NGO, Yang Arif, tetapi wakil-wakil dari pertubuhan undang-undang yang dihormati. Jika perwakilan seperti itu dari Malaysia hadir mahkamah luar negara, bukan saja kehadiran mereka direkod, tetapi mereka  juga dijemput duduk bersama sebagai barisan hakim.

Fernando menambah bahawa (merekod kehadiran pemerhati) pernah dibuat.

GP: Ia tidak wajar. Ia hanya bagi mereka yang holding watching briefs, yang mewakili individu tertentu atau kumpulan yang mempunyai kepentingan dalam kes tersebut. Apakah peranan mereka? Ia hanya bagi memeriksa ketelusan (amnya). Lebih lagi, tiada undang-undang mengatakan ia mesti direkod.

CF: Kami akan kemuka semula permohonan esok.

Mahkamah ditangguhkan pada 4.00 petang.

Check your voter registration here

 

powered by FreeFind